2.0
: RINGKASAN EKSEKUTIF
2.1
Idea perniagaan
Mencipta Hand-Crank power bank bagi menyelesaikan masalah ketiadaan tenaga elektrik semasa kecemasan dan juga memenuhi permintaan pengguna yang gemar mengembara dan melakukan aktiviti lasak.
2.2
Keunikan tentang idea perniagaan
- Power bank yang dihasilkan boleh diguna ketika kecemasan dan juga boleh digunakan ketika ketiadaan sumber tenaga elektrik.
- Merupakan konsep terbaru bagi menyesuaikan dengan generasi sekarang yang minat mengembara.
- Membuat sedikit inovasi terhadap power bank yang sedia ada di pasaran.
2.3
Apa yang menarik tentang idea perniagaan
I) Pasaran
- Target pasaran adalah secara umum dan terbuka kepada sesiapa sahaja pengguna yang ingin membelinya.
- Fokus pasaran utama adalah pengguna yang gemar mengembara dan juga gemar melakukan aktiviti lasak.
- Produk yang dipasarkan adalah menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengguna.
II)
Daya saing
- Mengikut kajian , produk yang dipasarkan berjaya sepenuhnya.
- Hal ini kerana produk yang dipasarkan sangat sesuai dengan generasi sekarang yang minat mengembara.
- Produk yang dipasarkan menggunakan sumber tenaga semula jadi yang menjadi kelebihan berbanding produk yang sedia ada di pasaran.
III) Pendapatan yang dicapai
- Setiap 1 unit jualan produk sudah mendapat keuntungan yang ingin dicapai.
- Pendapatan utama adalah hasil daripada jualan produk yang dihasilkan.
- Harga yang ditetapkan adalah berpatutan dan juga mampu milik buat pengguna sekali-gus membuatkan pendapatan hasil jualan produk dapat dicapai.
IV)
Modal insan
- Kajian demi kajian telah dihasilkan bagi merealisasikan produk yang ingin dipasarkan.
- Setiap idea perniagaan yang dihasilkan perlulah mempunyai kepakaran dalam semua bidang.Kepakaran dalam aspek pembinaan produk dan juga tahap pemasaran perlulah ada bagi menjayakan sesebuah perniagaan.
- Kunci kejayaan dalam menghasilkan produk adalah idea yang di cetus berdasarkan kesenangan pengguna ketika menggunakannya. Dari segi kepakaran menghasilkan produk baru, ia boleh dipupuk melalui kajian terhadap produk semasa dan juga membuatkan penambahbaikan terhadap produk yang sedia ada.
2.4) Modal
Modal
bagi permulaan idea perniagaan ini adalah sebanyak RM100000 . Modal ini
termaksud permulaan perniagaan dan juga menghasilkan 1000 unit produk.
No comments:
Post a Comment