Powered By Blogger

ANALISIS PERSAINGAN



6.0 : ANALISIS PERSAINGAN

6.1 Persaingan
Umumnya, setiap perniagaan sememangnya wujud persaingan di kalangan peniaga. Antara persaingan yang ketara di dalam pasaran produk ini ialah jenama-jenama power bank sedia ada di dalam pasaran, sebagai contoh jenama Pineng, Samsung, Sony, Xiomi dan lain-lain lagi jenama yang sedia ada.Untuk masa yang akan datang pula, syarikat-syarikat yang sedia pasti mengeluarkan produk yang sama fungsi memandangkan terdapat permintaan tinggi terhadap produk yang sedang diketengahkan ini.Memandangkan produk ini merupakan salah satu gajet yang menjadi kepentingan buat generasi sekarang, sudah tentu syarikat-syarikat yang ada berlumba-lumba mengetengahkan produk mereka bagi mencapai target pemasaran mereka. Antara jenama yang menjadi rebutan pelanggan pada masa kini adalah jenama daripada pineng power bank. Dengan kualiti serta fungsi yang lebih menarik, sudah tentu ia menjadi kunci persaingan yang ketara.

6.2 Strategi pemasaran
Sebagai pelanggan yang bijak, sudah tentu mereka melihat produk yang tinggi kualiti dan juga memilih produk yang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun, sesetengah pelanggan menitik beratkan harga jualan produk berbanding kualiti.Pengguna akan memilih produk yang memberi mereka kepercayaan dan tahap yang terbaik serta produk yang memberikan kebaikan ketika menggunakannya.Setiap syarikat yang memasarkan produk mereka mempunyai kelebihan tersendiri sebagai contoh sesetengah syarikat memberi waranti beberapa bulan malah ada yang tahun bagi memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membelinya.Sesetengah syarikat mengetengahkan pelbagai jenis saiz dan bentuk produk mereka, ada yang berkapasiti rendah dan ada juga yang berkapasiti tinggi. Dari segi harga yang dipasarkan pula kebanyakan produk ini di pasarkan dengan harga sekitar RM50 hingga RM 100. Harga-harga ini bergantung pada jenama yang di pasarkan.Sedia maklum, pelbagai teknik-teknik pemasaran yang dilakukan bagi mempromosikan produk mereka, contohnya dengan menggunakan media massa, blog dan juga laman sosial bagi menyebarkan info tentang produk yang sedang diketengahkan oleh mereka.

6.3 Kelebihan dan kelemahan persaingan
Untuk memastikan kemasukan pasaran, idea yang diketengahkan haruslah menepati ciri-ciri kehendak pelanggan kerana ini kerana memberi kesan yang ketara dari segi bahagian pemasaran.Bagi meyakinkan lagi pelanggan untuk memilih produk yang dijual, teknik pemasaran haruslah dititik beratkan supaya pelanggan membuat keputusan membeli produk yang ingin dipasarkan.Kekuatan kunci persaingan adalah menjadi faktor untuk berjaya dalam pasaran kerana ini memberi kesan yang ketara terhadap produk yang sedang membangun dalam pemasaran.Kekuatan yang ada pada produk semasa adalah mereka sentiasa mengekalkan kualiti produk mereka bagi memuaskan hati pelanggan. Di samping itu, mereka juga memberi pelbagai kepercayaan terhadap pelanggan jika terus menggunakan produk mereka.Faktor-faktor kelemahan pula adalah kebanyakan syarikat mempamerkan produk yang sama fungsinya. Hal ini membuatkan pelanggan berada di dalam kelompok yang sama bagi memilih produk yang dipasarkan.

6.4 Faktor dalaman
Faktor dalaman merupakan salah satu faktor yang memberikan impak yang besar kepada produk yang dihasilkan. Pada kebiasaannya, faktor ini menjadi punca kejatuhan atau kegagalan bagi sesuatu produk. Antara faktor yang menjadi ukuran adalah wujudnya perniagaan-perniagaan atas talian dan telah menjadi salah satu trend pada era ini.

6.5 Sumber
Secara kasarnya, anggaran sebanyak RM100000 bagi modal permulaan untuk menjalankan idea perniagaan ini.Jika modal kasar tidak mencukupi, sumber kewangan tambahan sebanyak RM30000 perlulah dilaksanakan agar idea perniagaan ini dapat dijalankan sebaiknya.Sedia maklum, sumber fizikal seperti pejabat, peralatan lengkap, tempat strategik amatlah penting bagi membina tempat yang sesuai untuk menjalankan kerja-kerja produk yang dilaksanakan.Oleh itu, tempat-tempat seperti ini perlulah dititikberatkan bagi memudahkan lagi pemasaran produk yang dicipta.

6.6 Faktor persekitaran
Secara amnya, produk yang ingin di pasarkan adalah sah di sisi undang-undang di Malaysia.Oleh yang demikian, produk ini haruslah mendapat sokongan agensi yang berkaitan bagi melancarkan pemasaran produk ini.Dari segi ekonomi pula, dengan adanya produk seperti ini, ia dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dengan mensasarkan produk ini ke peringkat global. Selain itu, ia juga meningkatkan lagi keyakinan pengguna untuk terus menggunakan produk ini.Berbeza pula dari segi sosial dan budaya, dengan adanya produk-produk seperti ini, ia dapat mengubah gaya hidup pengguna. Sebagai contoh, pengguna lebih gemar mengembara dan melakukan aktiviti lasak sekali gus mengubah persepsi hidup mereka.Bagi faktor teknologi pula, penciptaan dan pembaharuan baru dapat dihasilkan.Selain itu, kadar teknologi di negara kita semakin maju dengan adanya produk seperti ini diketengahkan.Umumnya, idea perniagaan seperti mengambil masa yang lama bagi menjayakannya dengan sebaiknya. Ini keran ia mengambil masa lama bagi meyakinkan pengguna tentang produk yang di war-warkan.

6.6 Pembekal
Sedia maklum, pembekal utama bagi produk ini adalah syarikat-syarikat berkaitan barang elektronik. Majoriti komponen yang digunakan adalah komponen elektronik.
Jika pembekal tergendala, ia beri impak yang besar. Akan tetapi, langkah-langkah yang strategik perlulah diatur bagi mengelak masalah-masalah seperti berlaku. Sebagai contoh, menyediakan pembekal alternatif sekiranya terdapat gangguan pembekal.

6.7 FIVE FORCE ANALYSIS


No comments:

Post a Comment