Powered By Blogger

AHLI PENGURUSAN

9.0 AHLI PENGURUSAN

9.1 STRUKTUR ORGANISASI



9.2) Fungsi dan tanggungjawab.

            I) Presiden / Penasihat

 Presiden merupakan jawatan yang paling utama dalam carta sesebuah  organisasi dan bertanggungjawab dalam segala aspek pengurusan dan  pentadbiran perniagaan agar berjalan lancar mengikut jadual yang dirancang.  Ia juga merancang peruntukan perbelanjaan perniagaan dan memastikan  pekerja-pekerja membuat kerja mengikut standard (SOP) untuk memastikan  layanan terhadap pelanggan memuaskan. Di samping itu, kebajikan pekerja  perlu dijaga agar mewujudkan persekitaran yang sihat dan meningkatkan  prestasi kerja dikalangan mereka.

            II) Pengurus Pemasaran

 Pengurus pemasaran ini hendaklah memastikan setiap pelanggan berpuas  hati, bertanggungjawab dan berusaha mencari peluang pemasaran dan mesra  pelanggan secara interaksi juga dengan pembekal supaya dapat harga yang  berpatutan. Pengurus pemasaran juga perlu merancang pelan pemasaran  bagi menjamin perkhidmatan berjalan lancar dan teratur.

            III) Pengurus Kewangan

 Pengurus kewangan bertanggungjawab dalam segala aspek kewangan  seperti melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi,  menyediakan bajet dan keperluan kewangan dan mengenal pasti sumber  kewangan serta mengawal kewangan perniagaan, menganalisa dan  melaporkan prestasi kewangan.

            IV) Pengurus teknikal

 Pengurus teknikal pula berupaya mengaplikasikan pengetahuan & kepakaran  khusus berkaitan dengan proses kerja, peraturan & sumber tertentu dalam  menyelesaikan aktiviti yang menjadi sebahagian tugas. Selain itu, pengurus  teknikal juga haruslah membuat keputusan dan mengurus masa dengan  sebaiknya.

            V) Pengurus logistik

 Pengurus logistik merujuk kepada pengurusan produk akhir organisasi yang  melibatkan aktiviti penyimpanan. Tugas pengurus logistik pula adalah untuk  mengendalikan keseluruhan sistem saluran pengagihan fizikal. Selain itu,  tugas mereka juga adalah menyediakan perkhidmatan pergudangan dan  memproses pesanan yang diterima dengan tepat dan cepat. 

No comments:

Post a Comment