Secara umumnya, bekalan sumber kuasa untuk alat mudah alih menjadi satu isu yang sangat penting untuk generasi masa kini. Penciptaan 'Hand Crank Power Bank' (Penyimpan tenaga melalui pemutar tangan) adalah satu cara alternatif untuk menyelesaikan masalah ini dan supaya gajet boleh dicas semula pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
'Hand Crank Power Bank' boleh menghasilkan tenaga untuk semua gajet terkini. Ia menggunakan kaedah yang sangat berkesan dan ekonomik, iaitu dinamo dan tenaga solar sebagai sumber tenaga utama. Dengan penciptaan 'Hand Crank Power Bank' ia dapat digunakan secara berulang kali tanpa had pergunaaan. Oleh itu, ia boleh menyelesaikan isu berkaitan kekurangan sumber tenaga elektrik bagi gajet. Konsep gabungan ini akan membenarkan peranti ini beroperasi sebagai pengecas tanpa had pengunaan dan masa, walaupun jika pengguna kehabisan tenaga elektrik atau apa jua keadaan dan persekitaran.
Berikut di lampirkan Model Kanvas Perniagaan (BMC) bagi Hank Crank power charger.
Lampiran yang berikutnya adalah video penggunaan Hank Crank Power Charger sebagai rujukan
![]() |
Model Kanvas Perniagaan (BMC) - Hank Crank Power Bank Video Penggunaan Hank Crank Power Charger |